bannner transparent sktu2

Selamat Datang Ke Portal Rasmi SK Taman Universiti 2

Pada 24 Julai 2018 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 2 telah terpilih mewakili Johor Bahru ke Johor State Action Song Competition 2018 setelah memenangi pertandingan tersebut di peringkat daerah. Karnival Johor State Action Song Competition 2018 yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor dengan kerjasama Sutera Mall dan Library Sutera Mall ini dirasmikan oleh Tuan Haji Saharudin bin Sharif, selaku Pengarah Pendidikan Johor.

Berikut adalah sebahagian dari sedutan persembahan Action Song oleh team SKTU 2.

Setinggi tinggi ucapan tahniah kepada semua murid yang terlibat khususnya guru guru (Cik Sakinah dan Pn Afiqah) yang terlibat dalam melatih team action song SKTU2. Meskipun hanya sekadar membawa pulang pingat saguhati, namun ia merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan untuk pihak sekolah kerana diberi kepercayaan mewakili daerah Johor Bahru ke peringkat negeri.

SK Taman Universiti 2

Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 2 dan Kementerian Pendidikan Malaysia adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Sesuai dipapar menggunakan Mozilla Firefox, Internet Explorer 7.0 ke atas. Dijanakan oleh sumber terbuka Joomla 3.9.X

FOLLOW US