bannner transparent sktu2

Selamat Datang Ke Portal Rasmi SK Taman Universiti 2

Pada 13 Jan. 2019, Majlis Perlantikan Pengawas Sekolah & Pengawas Pusat Sumber Sekolah telah dijayakan di Dataran Saujana SKTU2. Di antara objektif majlis tersebut ialah, meningkatkan motivasi pengawas dalam menjalankan tugas. Melahirkan pengawas yang yakin dan berani semasa menjalankan tugas.

watikah pusatakawan2019
Penyerahan watikah kepada Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber telah disempurnakan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah iaitu Sarjan Salimah binti Kamsari.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian Lagu Bangsa Johor dan Lagu Sekolah. Selesai nyanyian, Majlis Penyerahan Watikah dimulakan dengan Pengawas Sekolah dan diikuti dengan Pengawas Pusat Sumber. Apabila selesai penyerahan watikan, upacara lafaz ikrar dijalankan dengan diketuai oleh Ketua Pengawas. Setelah selesai bacaan lafaz ikrar oleh para pengawas, Guru Besar SKTU2 En. Zulkiflee bin Miswan menyampai ucapan ringkas. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan Sarjan Salimah binti Kamsari selaku PPS SKTU2. Setelah itu majlis diakhiri dengan nyanyian Lagu Negaraku.

watikah pengawas2019

Pada 4 ogos 2018, sekolah telah menghantar kontinjen bola baling sekolah ke Kejohanan Bola Baling Piala YDP SK Taman Perling 3. Skuad sekolah berjaya ke peringkat separuh akhir dan berjaya merangkul piala di kedudukan ketiga. Pihak sekolah merakamkan setinggi tinggi tahniah kepada semua pemain dan jurulatih.

Pada 1 Ogos 2018 yang lalu, Sekolah mengadakan Ceramah Teknik Menjawab bagi subjek Sains. Ceramah pada kali ini agak unik kerana disampaikan sendiri oleh Tuan Guru Besar, En Zulkifli Miswan.

Pada 31 Julai 2018 yang lalu, Sekolah telah menerima lawatan dari pihak Klinik Pergigian Taman Universiti bagi menyampaikan ceramah memberus gigi. Murid juga melakukan amali cara membersihkan gigi dengan betul.

Page 1 of 3

SK Taman Universiti 2

Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 2 dan Kementerian Pendidikan Malaysia adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Sesuai dipapar menggunakan Mozilla Firefox, Internet Explorer 7.0 ke atas. Dijanakan oleh sumber terbuka Joomla 3.9.X

FOLLOW US